Wednesday, November 10, 2010

RAHSIA JAMBATAN PULAU PINANG(KHAS UNTUK KAKI PANCING)

WAH, pagi ni aku plan nak kluar g mancing dengan membe2.tapi diaorang taj jadi,Akibat aku terlalu gatai tangan nak pegang rod aku plan nak p mancing dekat penang bridge.Tapi dekat sisir pantai dia ja la..nak g duduk bawah tiang tak berapa nak berani sebab sorang-sorang..Tapi niat aku ni terpaksa la ku tahan buat seketika sebab dapat halangan dari my mum..so, aku pergi petang ni la ngan adik aku..baru dia senang hati cikit dia cakap..Maklumlah anak Omak...then waktu aku dok survey kondisi air dan masa pasang surut dekat internet aku terbaca satu artikel mengenai Tiang ke 56 di penang bridge,,,so aku nak kongsi dengan korang semua,..

Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tidak bagi Husaini Musa, 31, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau. Husaini terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat "sumpahan tiang 56". Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.

Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana (70-80km/j). Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut [email=Poka@Puaka]Poka@Puaka[/email] oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba "disedut" masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ. Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh Azmi Hadi seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu. Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.

Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu? Misteri bukan...?

ok ni pulak cerita kedua dari seorang anggota bomba yang aku jumpa di internet pulak.
dulu buruh adelah dari banduan terakhir ( yg nak kene hukuman bunuh) dari korea... soo kl mati pon time wat jambatan tuh tak per... diorg guna konkrit yg tuang jer terus keras .....

. sbb piling dlm laut kan perlukan concrete jenis gitu.. soo memnag ader kemungkinan lahh tiang2 jambatan tuh ade mayat buruh yg terjatuh ketika konstruction.. sbb skali jatuh dlm tuh dah tak leh angkat dah.. sbb konrete terus jadi keras.
ade batu perintatan untuk buruh dari korea yg mati ketika konstruction tuh...
kl korunk perasan ade monumen batu putih besar berhampiran Tol jambatan,.. kl dari pulau belah kiri korunk lahhh... berhampiran ruang tempat kereta berhenti berehat tuh lepas jambatan...
ahli keluarga depa.. dengar kata tiap thn datang wat sembahyang kat situ..
waa'lahua'lam

Boleh click link dibawah untuk tgok pengalaman memancing dibawah jambatan pulau pinang.

https://www.youtube.com/watch?v=WI9ox8GaJCk&t=8s

3 comments:

  1. Ape lah dia ni aku Cari info pasal mancing dia p cerita psal ni plak..aku dah la kaki mncing sorang2

    ReplyDelete
  2. Ape lah dia ni aku Cari info pasal mancing dia p cerita psal ni plak..aku dah la kaki mncing sorang2

    ReplyDelete