Monday, December 13, 2010

FISHING AT PENANG bRIDGE

memancing di Jambatan Pulau Pinang

Assalamualaikum and selamat malam semua.Actually sekarang ni aku sedang berISTERI rehat di atas katil bujangku.Letih setelah meredah lautan pulau pinang..hahahah
hari ni aku,adik aku,naim and muhaimin pergi memancing di jambatan pulau pinang.Pergh..serius letih and syok and macam2 ada. so,umpan kami untuk hari ini adalah akan bilis yang ditangkap menggunkan teknik appolo.Terlupa plak nak ckap.kami dul tiang 35 di sebelah pulau pinang.Dari kefahaman aku, tiang tengah2 jambatan pulau pinang tu orang panggil tiang batu,ala yang ada macam pulau tu.dia ada dua bahagian.tiang sebelah pulau dan tiang sebelah seberang.denagr cita tiang sebelah seberang lagi rancak sebab dia lagi dalam.Baru-baru ni si Naim pergi overnight kat tiang sebelah seberang dia and membe dia Angah dapat tangkapan yang pergh memuaskan.ha,ni gambar-gambar hasil tangkapan depa about last week,.
ok,sambung balik cita..so,sebelum ke jambatan tu kena la cari makan dulu.al maklumlah bawah jambatan tu bukannya ada kedai makan pown.kalau korang nak rasa lapar yang tahap cipan silakanlah x bawak makanan..memamng pergh..so, kami ni save bujet(betol ka eja) la kan,so singgah petrol station jer beli roti dan benda-benda yang sewaktu dengannya.
(mamat ni lagi,tak der muka orang lain ker) tengok beli roti jer.ha, bukti tu.
Then kami pon terus meneruskan perjalanan.sampai jer jeti nak naik bot,kami pon punggah la barang-barang kami semua.Seriously,barang kami macam nak overnight jer kat bawah jambatan tu.Then kami pown naik la bot,.pergh kena angin laut syahdu jer,.memang feel la.
(ha,yang depan tu adik aku,bukan aku k.muka jer hampir sama.ok.ok sma)
(membe2 aku naim and muhaimin,alik-alik muka aku yang x da)
so,kami decide nak dok tiang 38 sebelah seberang tapi dia x anta sampai situ,so kitaorang pilih 35 sebelah penang.sampai jer,kami apa lagi set la kami punya pancing.firstly,kena la cari umpan dulu dengan menggunakan teknik appolo.selalunya umpan yang famous bawah jambatan ni ialah tamban,bilis,ikan plata(bukan planta ka??) dan kalu bernasib baik anak gelama pown ok tapi bawah jambatan kureng cikit r..kalu bilis tu sekali cakit 3-4 ekor..baru strike..
(ikan bilis)
(apollo time)
(adiku and membe pasang joran)
dah dapat umpan apa lagi,fishing time.tapi apakan daya x da rezeki.Angin punya la kuat dan hujan tapi mujur kat bawah jambatan tu x kena hujan tapi angin jangan cakap la.Tiang sebelah kami ada la bawak naik ikan alu-alu.tak la besar sangat.Tapi tiang yang lagi satu bawak naik ikan kerapu dekat 2 kilo.panas ow.Then, saat dinanti-nanti muncul.Ikan yang memberi kami semua senyuman.Walaupun tak besar dan walaupun bukan aku yang dpat tak kisah.Ikan senangin pancingan Si Naim.Muka dia lagi..kami pown tumpang la begambar sebelum balik..ikan tu kena pun lebih kurang lagi 15 minit kami nak balik.Rezeki.
(sotong sesat)
(pengubat duka)

ok ni sedikit tips,kalau memancing kat tiang 35 jaga-jaga dengan pununggu kat ci2.aku ada snap pictures dia..HATi-HATi mulut jangan celupar.
(JANGAN MARAH NANTI TAK CUET)
hhahahahahahhaha.........

Tuesday, December 7, 2010

MAAL HIJRAH 1432



Salam maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Sekejap sahaja tahun 1431 meninggalkan kita. Tercapaikah hijrah kita ataupun azam kita pada tahun 1431.Mudah-mudahan semuanya telah pun selesai melaksanakan hijarh yang diazamkan pada tahun 1431.Sekarang telah pun masuk tahun 1432 bagi tahun islam.Jadi apakah hijrah kita pada tahun ini? Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?Mengikut konteks hari ini disambut demi memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan para sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Dari segi bahasa,hijrah bermaksud berpindah dari suatu tempat ke satu tempat atau berubah dari suatu keadaan kepada satu keadaan lain.Kita tidak lagi berhijrah dari satu tempat ke Madinah atau tempat2 lain..Kini hijrah kita hanya tertumpu pada proses memperbaiki peribadi dan kearah menjadi seseorang yang lebih baik insyaAllah.Semua faham? EWAH macam cikgu pulak.hehe.

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Apapun setahun telah lengkap..Segala amal juga telah siap dicatat..InsyaAllah,jika diberi peluang kita masih ada setahun yang mendatang..Moga 1432Hijrah hadir membawa sinar baru buat kita semua insyaAllah. Kita tidak meraikan dengan hiburan tp kita zahirkan melalui penghijrahan yang penuh dengan iman..Berusahalah kita melawan hawa nafsu dan syaitan-syaitan yang semakin terlatih dengan dunia semasa.
Moga kali ini perubahan adalah untuk yang terlebih baik..Mungkin ini tahun terakhir yang kita ada. Kita sendiri tak pernah tahu akan itu. Jika sebelum ini,solat kita lambat, moga tahun yang baru ini solat kita sentiasa tepat. Jika sebelum ini Quran itu hanya disimpan,moga tahun ini Quran itu sebagai teman. Jika sebelum ini puasa kita tak pernah lengkap,moga tahun ini puasa kita penuh berkat. Jika sebelum ini zakat kita tak berbayar, moga tahun ini kita lebih pandang pada mereka yang terbiar. AllahuAllah.Moga segalanya baik-baik saja untuk kita semua. Ingat,pesan buat diri dan buat semua,peluang kita hanya sekali dan lepas ia pergi,ia tak kan pernah kembali lagi.
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA.



Friday, December 3, 2010

Blog Pilihan Malaysia

Pada pagi sabtu yang hening ini, seorang insan yang semakin bahagia ni tiba-tiba mendapat bisikan dari telinga kanannya supaya BEron9..pergh.,perkataan tak boleh belah.entah kenapa pagi ni aku rasa macam nak on9 jer.selalunya pagi2 ni aku akan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti kumpul taik mata atau pun aku akan ulit mayang atas katil bujang aku..hahaha.
Tengah aku dok ushar blog2 yang selalu aku ushar Tiba-tiba langkahku terhenti,sejuta bintang..opps..tersasul dengan lagu camelia pulak.continue balik.aku terbaca tentang Blog Pilihan Malaysia dekat blog Aizul marcello..wow. aku pown apa lagi google la blog-blog yang moasuk top 5 untuk semua kategori..yang aku nampak dia ada 6 kategori..dan irine marcelo cakap tak ada hadiah.cuma suka-suka dan merapatkan lagi hubungan silaturahim anatara blogger dan bagi semangat dekat blogger2 baru seperti aku ni untuk terus berblogger..OK.antara kategori2 yang dipertandingkan dan calon-calonnya..jeng jeng jeng...

Blog Lawak Pilihan

Ayeem Ayam
378 (12%)
Blog Aku, Bukan Blog Bapak Kau
619 (20%)
Kereta Mayat
663 (21%)
TUBELAWAK.BLOGSPOT
831 (27%)
Oh! Tidak
540 (17%)


Blog Tutorial Pilihan

Hannafauzann Story :)
248 (6%)
Wan Hazel
346 (9%)
Edriena Hazelina
362 (9%)
Mari bina blog
1566 (41%)
Dapur Tanpa Sempadan
1266 (33%)


Blog personal Isteri Pilihan

Viruspadu
294 (8%)
redmummy
1016 (29%)
Cik Nadia Bayu
1299 (38%)
Model 80-an
597 (17%)
Ceeramoon
201 (5%)


Blog Personal Wanita Pilihan

cik epal
735 (12%)
Irine Nadia Marcello
2146 (35%)
Hanis Zalikha
829 (13%)
Fatin Liyana
2152 (35%)
sepet
248 (4%)


Blog Personal Suami Pilihan

Cursing Malay : Terus Terang
334 (12%)
SEMBANG KENCANG
245 (8%)
Ben Ashaari
1595 (57%)
Eyriqazz
192 (6%)
uncle punya blog
398 (14%)


Blog Personal Lelaki Pilihan

realiti konspirasi
1239 (22%)
MUKA SURAT SULIT NAZ
573 (10%)
kurasakan something
1012 (18%)
The Beauty In Ugly
880 (15%)
Aizul | Marcello
1858 (33%)


Ini keputusan pada jam 1 tengahari..so lebih kurang 1 jam jer lagi nak mengundi. so kepada blogger2 laksanakan tanggungjawab anda.hahahahah..


Saturday, November 27, 2010

Bunkface - Extravaganza chords and lyric




Intro
Am F C Gx4

Am G
Semangat baru
Em F
Perjuangan yang satu
Am G
Dan matlamat hidupku
Em F
Hanya untukmu

Am G
Tapi keadaanmu
Em F Am
Berikan aku, berikan aku satu petanda
G F G
Prasangka, aku kalah

Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Kata hatimu (kata hatimu)

Am F
Wo oh oh
C G
wo oh oh
Am F
wo oh oh
C G
wo oh oh 2x

Am G
Persepsi diri
Em F
Ada maksud sendiri
Am G
Dan propaganda ku rasa
Em F
Luar biasa

Am G
Tapi keadaanmu
Em F Am
Berikan aku, berikan aku satu petanda
G F G C
Prasangka, aku kalah lagi...

Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Kata hatimu (kata hatimu)

Am F
Wo oh oh
C G
wo oh oh
Am F
wo oh oh
C G
wo oh oh 2x

Am G
Extravaganza
Em F
Extravaganza
Am G
Extravaganza
Em F
Extravaganza

Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Am Dm
Rasa resah jangan kau percaya
G C G
Kata hatimu (kata hatimu)

Am F
Wo oh oh
C G
wo oh oh
Am F
wo oh oh
C G
wo oh oh 2x

Sunday, November 21, 2010

Lembaga Pulau Jerjak

CERITA yang hendak dikongsi ini benar-benar berlaku ketika sekumpulan pemancing meneroka perairan Pulau Jerejak pada April 2003 lalu. Pada suatu malam selepas selesai mesyuarat di pejabat, penulis dan seorang rakan - Suhairi, singgah makan dan minum di sebuah gerai di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sambil berbual datang pula rakan baik kami seorang peguam. Uzair namanya.

Perbualan kami malam itu semakin rancak apabila kehadiran seorang lagi penduduk tempatan yang memperkenalkan diri sebagai Pak Long Din juga dari Bukit Mertajam. Topik malam ini bertambah menarik apabila tajuk cerita bertukar mengenai memancing. Pak Long Din orang yang paling menyerlah cerita pengalaman pasal ikan dan memancing.

Maka terjadilah perjanjian bersama Pak Long Din untuk keluar memancing di perairan Pulau Pinang seperti yang diceritakan. Masa yang ditunggu tiba. Maka bermula operasi kami dengan menaiki bot Pak Long Din di Batu Maung, Pulau Pinang. Kumpulan kami - Suhairi, Uzair dan penulis.

Jam tangan menunjukkan hampir jam 11 malam. Di lokasi pertama tiada sambutan memberangsangkan. Hanya anak kerapu dan gelama saja. Oleh kerana kurang yakin, Pak Long Din mengubah haluan ke lokasi Pulau Jerejak. Di perairan pulau berkenaan sambutannya juga hambar. Pak Long Din mulai tercabar dan agak malu dan apa yang digebangkan pada hari itu tidak menjadi.

Kami bertukar tempat lagi. Kali ini tidak jauh dari lokasi kedua tadi. Di lokasi ini agak menarik. Terdapat dua batu besar yang hampir tenggelam di pinggir Pulau Jerjak. Di sini barulah ada keyakinan sedikit. Ikan lapar agaknya. Kami tidak jemu melayan sentapan yang agak besar seperti kerapu, jenahak dan sebagainya. Pak Long Din tersenyum puas. Rasa malunya kian hilang. Apatah lagi beliau menaikkan pari hampir 15 kilogram dan hanya menggunakan tali koyan saja. Manakala Suhairi tidak henti-henti memutar kekili pancingnya sambil berteriak kegirangan.

Dalam keghairahan, Uzair tiba-tiba terpandang sesuatu lantas mencuit bahu penulis lalu bertanya: “Kau nampak sesuatu tadi?”

Sambil dia menunjukkan ke arah batu besar yang berdekatan dengan bot kami. Lantas penulis menjawab: “Aku tahu, tapi jangan bising. Diam sajalah”.

Beliau bertanya lagi: “Macam mana ada orang duduk atas batu tu. Macam mana dia panjat batu tu?”

Penulis cuba menenangkan fikirannya dengan memberitahu mungkin ada nelayan tempatan menunggu pukat yang dipasang dan datang dengan bot sendiri.

Kelibat orang di atas batu itu amat nyata seolah-olah sedang menghisap rokok. Pak Long Din merasainya dengan apa yang penulis beritahu dan mengakui dengan soalan Uzair, cuma mereka buat selamba saja.

Tiba-tiba kelibat orang itu hilang daripada pandangan. Penulis mulai cuak dan risau. Sementara itu, Suhairi tidak henti-henti menaikkan ikan sambil bergurau. “Hoi.... kau orang tengok ni.... Jenahak besar...,” katanya.

Penulis dan Uzair hanya senyum tawar.

Tiba-tiba Uzair bersuara: “Syok la... nanti naik hantu air baru padan muka...”

Penulis dan Pak Long Din tersentak dengan gurauan Uzair.

Tidak lama kemudian perkara pelik berlaku apabila hasil tangkapan Suhairi hilang satu persatu dari atas bot. Lantas beliau bersuara: “Siapa pulak sapu ikan aku ni...!”

Kemudian Pak Long Din bersuara: “Kamu duduk diam-diam... dia datang dah...”

Kami kehairanan. Kemudian bot kami rasa terumbang ambing seperti ada orang memanjatnya. Tiba-tiba wajah seekor berok berbulu tebal dengan sepasang mata yang merah berada atas bot . Penulis, Uzair dan Suhairi kecut perut dan seperti hendak pengsan. Suhairi terkencing dalam seluar. Apa boleh buat, kerana dia terlalu takut. Lembaga berkenaan merayap dengan menghulurkan tangannya yang panjang mengambil ikan kami.

Pak Long Din naik angin lalu bertempik dengan sekuat-kuatnya. Apa lagi meraunglah lembaga itu dan terjun ke laut berenang menuju ke Pulau Jerejak. Ketika lembaga berkenaan berada di pulau berkenaan suara jeritannya bergema hingga jelas kedengaran oleh kami dalam bot.

Hampir sejam menyepi, Pak Long Din menyambung semula aktivitinya selepas membelit semula ekor pari yang melibas badan lembaga tadi. Selepas itu, Pak Long Din menaikkan beberapa jenahak manakala kami yang sudah hilang semangat duduk berehat saja. Selepas itu kami pulang ke Jeti Batu Maung. Dalam perjalanan pulang Pak Long Din menceritakan semuanya supaya kami faham.

Kelibat orang di atas batu itu bukanlah manusia cuma penunggu pulau. Lembaga seiras dengan beruk pula adalah jelmaan syaitan dan iblis untuk mengganggu...
CERITA NI AKU COPY DARI BLOG SEORANG SAHABAT..

Thursday, November 18, 2010

PETUA UNTUK KAKI PANCING

Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai
sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikannya sebagai satu sumber ilmu
dan ilmiah untuk kita bersama, renung-renungkan dan selamat mencuba!
Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.



Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.



Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.



Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.



Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.




Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.


Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.



Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.




SEKIAN DARI MR ZAAJ..SALAM
Diciplak dari: grouppancing

Monday, November 15, 2010

SUJUD SYUKUR




DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Saturday, November 13, 2010

Bagaimana hendak mencangkuk udang pada mata kail untuk memancing siakap atau senangin? Apakah ikatan yang sesuai untuk teknik berkenaan?

Ada tiga cara yang biasa pemancing lakukan untuk memasang udang hidup pada mata kail iaitu pertama, cangkuk pada hujung seekor atau diatas badan. Kedua, cangkuk pada tepi cengkeram bahagian kepala (kalau di tengah udang cepat mati). Ketiga, cangkuk keseluruhan badan udang pada mata kail.Pada cara pertama dan kedua, kita membenarkan udang berenang bebas. Cara ini juga dapat menghindarkan udang daripada gangguan anak ikan. Namun teknik ini pemancing dinasihatkan supaya tidak terus merembat apabila berlaku sentapan.
Biarkan seketika bagi membenarkan ikan menggonggong udang dan melarikannya. Beri tali sedikit supaya udang yang digonggong ikan tanpa disedari adanya perangkap. Apabila berhenti, ikan biasanya mula menelan umpan dan membuat larian kedua.

Pada larian kedua ini baru pemancing boleh merembat joran supaya mata kail melekat pada mulut ikan. Cara ketiga adalah teknik paling lumrah. Siakap dan senangin tiada masalah menelan umpan yang dipasang dengan teknik ini. Kedudukan udang seperti tersedia untuk ditelan ikan kerana kebanyakan udang ditelan ikan dalam bentuk ‘U’.

Seperti teknik pertama dan kedua, pemancing jangan gopoh merembat joran apabila berlaku gegaran padan hujung joran. Biarkan sampai joran benar-benar bongkok baru proses merembat boleh dijanakan.

Teknik cangkuk udang pada hujung ekor sesuai jika udang adalah lebih besar dari saiz mata kail yang digunakan.
Teknik ikatan untuk memancing siakap dan senangin bergantung kepada laju arus. Mata kail diikat melalui kaedah ikatan ‘reverse common snell’ atau ;Sergeon Loop’. Ladung hidup disyorkan apabila terdapat arus dan ladung hidup ini digunakan bagi memastikan udang berada di pertengahan air bukan di permukaan. SELAMAT MENCUBA

Wednesday, November 10, 2010

RAHSIA JAMBATAN PULAU PINANG(KHAS UNTUK KAKI PANCING)

WAH, pagi ni aku plan nak kluar g mancing dengan membe2.tapi diaorang taj jadi,Akibat aku terlalu gatai tangan nak pegang rod aku plan nak p mancing dekat penang bridge.Tapi dekat sisir pantai dia ja la..nak g duduk bawah tiang tak berapa nak berani sebab sorang-sorang..Tapi niat aku ni terpaksa la ku tahan buat seketika sebab dapat halangan dari my mum..so, aku pergi petang ni la ngan adik aku..baru dia senang hati cikit dia cakap..Maklumlah anak Omak...then waktu aku dok survey kondisi air dan masa pasang surut dekat internet aku terbaca satu artikel mengenai Tiang ke 56 di penang bridge,,,so aku nak kongsi dengan korang semua,..

Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tidak bagi Husaini Musa, 31, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau. Husaini terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat "sumpahan tiang 56". Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.

Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana (70-80km/j). Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut [email=Poka@Puaka]Poka@Puaka[/email] oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba "disedut" masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ. Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh Azmi Hadi seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu. Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.

Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu? Misteri bukan...?

ok ni pulak cerita kedua dari seorang anggota bomba yang aku jumpa di internet pulak.
dulu buruh adelah dari banduan terakhir ( yg nak kene hukuman bunuh) dari korea... soo kl mati pon time wat jambatan tuh tak per... diorg guna konkrit yg tuang jer terus keras .....

. sbb piling dlm laut kan perlukan concrete jenis gitu.. soo memnag ader kemungkinan lahh tiang2 jambatan tuh ade mayat buruh yg terjatuh ketika konstruction.. sbb skali jatuh dlm tuh dah tak leh angkat dah.. sbb konrete terus jadi keras.
ade batu perintatan untuk buruh dari korea yg mati ketika konstruction tuh...
kl korunk perasan ade monumen batu putih besar berhampiran Tol jambatan,.. kl dari pulau belah kiri korunk lahhh... berhampiran ruang tempat kereta berhenti berehat tuh lepas jambatan...
ahli keluarga depa.. dengar kata tiap thn datang wat sembahyang kat situ..
waa'lahua'lam

Thursday, November 4, 2010

JANGAN MENGELAMUN!!!!!!

ok...post untuk kali ini,adalah mengenai mengelamun.Bagi sesiapa yang suka mengelamun, info ni sesuai untuk anda and aku rasa aku temasuk dalam golongan tu..heheh
wokeh,. kita semua sudah sedia maklum yang MENGELAMUN ni memang suatu hal yang cukup indah.Menurut hasil kajian yang diterbitkan dalam Association for Psychological Science, mereka yang terlalu kerap mengelamun berisiko tinggi kehilangan memori.Semakin jauh Fikiran kita mengelamun semakin parah pula hilangnya memori kerana sikap mengelamun ni,membuatkan seseorang berada di alam lain..pergh.alam lain tu, jaga kang jumpa puteri bunian pulak.Ok, bila kita mengelamun kita akan jadi sukar untuk mengingati semula apa yang dijalani sebelum itu.
Korang semua selalu mengelamun time bila..aku kerap mengelamu waktu naik moto..BAHAYA betul..kadang-kadang aku tak sedar yang aku dah lalu satu-satu jalan tu..sedar2 dah sampi dah destinasi.

Maher Zain - Insya Allah chords and lyric

Intro : Bm G A F#

Verse 1:

Bm G
Every time you feel like you cannot go on
A
You feel so lost and
F#
That you're so alone
Bm
All you see is night
G
And darkness all around
A
You feel so helpless
F#
You can't see which way to go


Bridge:
A G
Don't despair and never loose hope
A F#
'Cause Allah is always by your side


Chorus:
Bm G A
Insya Allah x3
F#
you'll find your way
Bm G A
Insya Allah x3
F#
we'll find our way


Verse 2:
Bm G
Every time you can make one more mistake
A
You feel you can't repent
F#
And that it's why too late
Bm
You're so confused,
G
Wrong decisions you have made
A F#
Hunt your mind and your heart is full of shame


Bridge:

A G
Don't despair and never loose hope
A F#
Cos' Allah is always by your side
Bm G A
Insya Allah x3
F#
you'll find your way
Bm G A
Insya Allah x3
F#
we'll find our way

* chords from Ultimate-guitar.com

Tuesday, November 2, 2010

MADU OR BERMADU



TIPS DARI mrzaaj.blogspot.

MADU TINGKATKAN IMUNISASI TUBUH..
- Korang nak sihat..ini ada sedikit tips mengenai madu. Madu ialah penjana natural dan untuk pengetahuan kita, madu ni mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Campurkan sedikit madu dan sehiris lemon ke dalam secawan teh. Teh limau madu ni digunakan sebagai perubatan kerana mampu melegakan selesema,membersihkan sistem penghadaman serta mengembalikan mood...so bagi sesiapa yang asyik tak ada mood tu, tips ni sesuai untuk kau..ok selamat beramal..huhu...daa.


P/S- tajuk entry yang agak tak masuk..heheh...sesaja nak tarik lebih pembaca

Saturday, October 30, 2010

Aku Scandal chords and lyric-HUJAN-

Verse:

1..2...3....Go...

G Em
Kan ku berikan semua
G Em
Agar kau gembira sentiasa
Am
Engkau tetap pergi
C D
Pergi meninggalkan ku sendiri
G Em
Jangan di simpan tiada rahsia
G Em
Katakan saja ku terima
Am
Engkau tetap pergi
C D G
Pergi meninggalkan ku sendiri

Chorus:
C Am G
Waktu Duka dulu kita lalui bersama
C Am G
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
C Am Bm Em
Hancur hati bila kau undurkan diri
Am
Meninggalkan aku
C D G
Meninggalkan aku sendiri

Verse 2:
G Em
Senyuman manis dibawa angin
G Em
Ku tunggu dikau terasa dingin
Am
Engkau tetap pergi
C D
Pergi meninggalkan ku sendiri

G Em
Jangan di simpan tiada rahsia
G Em
Katakan saja ku terima
Am
Engkau tetap pergi
C D G
Pergi meninggalkan ku sendiri

Chorus

...HABIS SUDAH.....

Bila Perpacaran

Am
Kalau berpacaran

E
Memang banyak pantang larang

E7
Menjaga susila

Am
Ibubapa adik abang

Am

Apabila berdua

Dm
Carilah tempat yang terang

Am
Agar tidak pula

E Am
Mencuba aksi terlarang


Chorus:

E
Boleh pandang-pandang

Am
Jangan pegang-pegang

E
Duduk renggang-renggang

Am
Bertambah sayang


Dm
Biar malu-malu

Am
Biar segan-segan

E
Kerna malu itu

Am
Perisai orang beriman


A-E-A-E-A



[Ana Raffali]

Am
Kalau berpacaran

E
Jangan tunggu lama-lama

E7
Kalau dah berkenan

Am
Jumpalah ayah dan mama


Am
Hantarlah rombongan

Dm
Meminang dengan segera

Am E Am
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya


ulang chorus

[Altimet]

F
Yeah Kita sambung cerita

E
Kalau kamu berdua

Aku yang ketiga

F
hahahaha

Aku penambah perasa

G F
Aku lah pendarab nafsu serakah

E
Hai teruna bikin perangai selamba

Am
Hati si dara kata tak apa

E
Berani buat terima padah

F
Kalau tak sedia

G
Ucap syahadah



ulang chorus 2 kali
HA.....Sama2 beringat

Sunday, October 24, 2010

Tips Sebelum Memancing





Ok, hari ni sekali lagi aku ang geng aku akan pergi memancing..Tapi port lain plak, and belum decide lagi.Ok, tadi aku baru jer cuci clear gear2 aku...ok, para pemancing di luar sana..Bagi yang suka memancing, pastikan gear2 anda berada dalam keadaan yang tip top..pastikan juga bekas pekakas anda tersusun..ini bagi memudahkan kita juga dan mengurangkan risiko kecederaan...jika bekas pekakas memancing anda bersepah, ini mungkin akan menyebabkan berlakunya kecederaan seperti mata kail tercucuk cari...owww...sakit ow...teketar2 jari 2 nanti,,..Ok bagi yang gunakan jala untuk cari umpan pastikan anda jemur jala anda..untuk mengelakannya dari reput..oppsss...sebelum jemur, rendam dulu jala anda dengan air paip besi rumah anda...ingat paip besi ja,,paip PVC tak boleh...ok Tips ini dibawa khas oleh Pro Zaaj..pergh...PERASAN CIKIT DISITU....ok2 perasan banyak..PUAS....Fikir2kanlah dan selamat beramal....

Tuesday, October 19, 2010

Kasi Gegar Jeti Pulau Aman

So, seperti yang dijanjikan aku akan menceritakan tentang fishing trip kali ini..Kali ni aku dapat kebenaran from my dad untuk menggunakan kereta..so kali ni punya fishing trip selesa la cikit..barang kan banyak..al maklum la, kami pergi sehari jer tapi bawa barang macam nak pergi dua tiga hari...aku arrive kat rumah Naim around,8.15..awal kan..maklumlah excited..lama tak pegi memancing.asyik menghadap tempat keja ja..so, 18/10/2010 I take My Time To Smell The Roses. Dari rumah naim kami bertolak.Expedisi kali ni hanya tiga orang iaitu aku(zainal),naim and syamim..Sorang lagi ahli kami dah continue study..so x leh join, busy ngan final. So, around 15 minit kami sampai dekat port pertama, iaitu port menjala.Then naim berkata" Nan, aiq(air) dah pasang ni, abis la kita susah r nak menjala umpan". Takpa, kami x putus asa kami menjala jugak..k.korang ushar la gamba yang x brpa clear ni..



Continue, waktu menjala 2 tiba-tiba jala yang dah reput 2 tersangkut..Aduh terok jugak r...dah la air dekat kawasan 2 dah naik so agak dalam..aku and syamim try turun, then syamim try leraikan x berjaya..aku suroh dia naik r.bahaya..aku try lak, pergh air dia keruh bangat then prrrraaaaaaaaaappppppppp....Aduh musibah..Jala koyak..Terok. So dengan umpan udang yang x tak berapa banyak kami teruskan dengan muka yang masam...So, kami sdah sampai...hOORay...SAKSIKANLAH




So,kami set la mengai(pancing) kami..After that aku and Naim berusaha membaiki jala..kami mengai lama la jugak, habuk pown x bawahda...then Aku bawa apollo(sejenis alat tangkap anak ikan) berjalan di gigi air sambil cuba mencari anak ikan.teh aku jumpa sorang abang ni kat bawah jeti.

Jeti ni la..aku pown borak-borak ngan dia..Then dia cakap tempat yang kami duduk 2 jarang ada orang mengai...dia cakap dekat belah satu g..baru rancak..siakap pown banyak...PERGH...hangat trus..aku pown pergi la cerita dekat naim ang syamim..Kami pown ubah la port..tapi air dah banyak surut...so, macam x da harapan jer..Ni gamba 2nd port kami.



Then, ada la sorang abang ni datang mengai ngan kami...Dia pown cerita la srba sedikit tentang tempat ni..Dia orang sini..Dapat la sedikit experiance..so, nantikan expedisi kami yang seterusnya...Kali ni kami dah dapat sedikit informasi tentang port Pulau Aman...nantykan..Enjoy Pics perjalanan Balik....Daa..Assalamualaikum..