Saturday, December 24, 2011

Sherlock Holmes



Sherlock Holmes, adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan pemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887. Watak ini adalah detektif yang berbangsa inggeris ciptaan daripada sir arthur conan doyle. Ok filem pertama yang ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2009. Filem ini merupakan arahan Guy Ritchie dan diterbitkan oleh Joel , Lionel Wigram, Susan Downey dan Dan Lin. Watak utamanya pula dipegang oleh Robert Downey,Jr. Cerita ini sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Siapa yang meminati filem penyiasatan jadi filem ini akan menjadi filem kegemaraanya. Sekarang, just wait to watch the latest Sherlock Holmes that was allready released in Malaysia. Wait y'all.

Tuesday, December 6, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Actually artikel ni aku terbaca di blog seorang sahabat, jadi aku sharekan la untuk pembaca blog aku...


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, October 12, 2011

Al-Fatihah

Tanggal 12 October 2011, mak tok zaaj telah pergi menghadap ilahi. Pemergian mak tok amat dirasai.Mak tok meninggalkan kami kerana sakit tua. Mudah-mudahan mak tok ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Miss you Forever mak tok..Al-Fatihah

Karisma(Sukan Univesiti Teknologi Mara semalaysia)

Asslamualaikum semua..hai y'all...how you all do? Hope you're having a nice day.

9/10/2011
Today is my last day at home before i go to johor bahru for my golf tournament..So, around 10 a.m zaaj pown bertolak balik ke UITM,Merbok. Sampai ja bilik aku, na'uzubillah bersepahnya. Budak-budak ni x clear ka sebelum balik ni. Aku tengok2 borang clearance dok ada dlam laci membe aku, sipa dengan kunci bilik lagi. Aduh aku kata budak-budak ni boleh buat betoi la. So, x mau la nama2 membe and zaaj naik kat tatatertib. Aku pown clear la bilik 2 and trus g wat clearance. Then aku move ke block A untuk penempatan pelajar-pelajar karisma. Aku dok bilik dengan membe golf aku Afiq.Malam 2 ada la taklimat cikit pasai jadual latihan pusat kami untuk seminggu ni. Kami juga diperkenalkan kepada staf dan urusetia yang bertugas.

10/10/2011
Ok, hari ni hari first latihan pusat kami bermula. Kami semua bangun pukul 5.30 then terus siap2 and terus ke pusat islam untuk solat subuh and kuliah subuh kami. Selepas kuliah subuh kami semua bergerak ke stadium mini untuk perbarisan pagi kami. Then, kami laporkan kehadiran untuk sukan masing2. Dalam pukul 9 macam 2 zaaj and afiq terus ke Golf Club Permaipura ubtuk training kami. Hari ni aku main 47 pukulan. Bagi aku kalu main 47 ni, payah cikit nak menang tapi coach cakap ok la 2. Kami training dalam pukul 9 sampai pukul 4 petang. Serius letih, malam 2 ada ceramah pulak. Terima aje la.




11/10/2011
Hari ni jadual seperti biasa tapi, cuma malam ada latihan untuk perbarisan. Kami kena buat persembahan, so kami decide nak buat persembahan macam budak2 DIDE buat. Main music gunakan barangan terbuang macam tong sampah, botoi nad kayu mop.


12/11/2011
Pagi ni seperti biasa cuma zaaj training dekat dalam uitm jew.Tengahari baru terun di permaipura. Hari ni pukulan ada improve ment sebab dekat permaipura 2 ada pro ni tolong ajar afiq. Zaaj p tumpang dengaq la, dapat tips cikit and my shot is better.Balik ja dari training, zaaj call my ms A. Dia majok ari ni, dari pagi call x angakta2. So, call petang 2 pown x angkat. Baru jew nak p mandi mama call. Angkat jew phone mama cakat" Nal, mama nak habaq ni, mak tok x da dah" terkedu aku seketika."innalillahiwainnailaihirojiun". Aku pown terus siap r nak balik. Then aku call mama dia x angkat plak, zaaj decide balik sendiri r. So, zaaj bagi taw Ms A. Then dia call zaaj. Dia temankan zaaj wak2 dalam bus. Melalui phone call jew la. Then mama call cakap nak simpan leps maghrib. Aduh skang dah pukul 7. Sempat ka zaaj ni. Alhamdullilah, zaaj sempat sampai.

Saturday, October 8, 2011

Off back to Merbok.

Salam, hai y'all. Tomorow i will go back to Uitm'Merbok for my training. Alhamdullilah, z@@j terpilih untuk represent uitm kedah dalam sukan golf yang akan berlangsung di Johor pada 17-23 oktober ni. So,pelajar-pelajar diploma uitm dah start cuti, bagi membe-membe yang dok cari part time job 2 good luck k. z@@j and rakan-rakan karisma akan menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum bertolak ke Johor. Hopefully, kami semua dapat buat yang terbaik nanti. Setakat ni dulu, insyaallah jika z@@j diberikan masa dan umor yang panjang z@@j akan update blog ni lagi...till then..bye...assalamualaikum.:)

Thursday, August 4, 2011

bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah


Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…


from:http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-bunga-di-taman-sebelah-lebih-indah/

Tuesday, July 12, 2011

INFO BERSAMA

  • Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:

a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas

Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
    (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)
  • Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
    Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!
  • Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)
  • Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
  • Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
  • Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”

Apa yang diucapkan si pesakit kepala atau demam atau selainnya daripada penyakit

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:
Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar. Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya

Saturday, July 2, 2011

MY RION 4 SWING

video
I feel comfortable with my swing, but when I look at my swing using the video I feel like there is something wrong with my swing.

Friday, July 1, 2011

Putting Training.

assalamualaikum...wow mR zaaj got a video on his blog,...let's check it out...it's about mr zaaj training his putting skills in his room....:)

video
( BUAT SYOK BOLEH);;;;;;;

TQ COMEY




(Tq for the nice beg syg...sudah2 la k...)143 pingu..

Thursday, June 9, 2011

24 perkara JANGAN dilakukan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam

di ambil dari Nredya Edya Edrus..facebook

Sunday, April 24, 2011

24.04.2011

HAri ni bermulalah paper kedua aku...ctu 101...Alhamdullillah selesai jugak...tapi agak sukar dr soalan2 sebelum ini..kbkk banyak...carry mark pulak x seperti yag diharapkan..harap2 dapat A.....Amin......

Thursday, April 21, 2011

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

copy paste from fb seorang sahabat

21/04/2011

Assalamualaikum semua.Sihat ka semua??? Harap-harap semua sihat la no. Hari ni bermulalah exam untuk subjeck pertama ku iaitu mat 123( foundation of geometry),. Subjeck ni ok la.Nak kena imagine banyak gila...hahhaha..so, about exam tadi. Paper start pukul 9 pukul 8.50 aku dah terpacak dah kat dewan. Dari luar dewan dah rasa dah kesejukan dari dalam dewan 2..pergh...So, sharp 9.00 a.m dengan lafaz bismillah dan doa exam bermula. question ok la.3 jam masa diperuntukkan pergh rasa mcm lama tapi x cukop ow. Habis ja exam aku beralih ja belakang aku tengok kawan2 aku yang tak bawak sweater mengeletar dah. hahaha.kesian pown ada,. macam mana la depa focus waktu jawab exam tadi...Habis ja exam balik ke bilik kita relax dulu. Qailullah dulu. Lepas zohor ingat nak study tapi terlajak plak aku punya qailullah. So, start lepas asar ja la. Petang 2 nak main badminton tak tempah court. Nak mai golf, club dah hantar balik umah..Nak main weight x da mood..last2 layan maharaja lawak...Serious lawak gila... huhuhuhhu...Aku pown x tahu nak cita apa lagi dah.. Until then...salam...............

Friday, March 18, 2011

ZAAJ VS PRINCE OF TENIS

Setelah bertahun-tahun aku mengidam untuk bermain tenis akhirnya hasratku tercapai...hhhooooray....hip2 hooray.(WAT TEROK). At last aku leh gak try main tenis..Thanks to Anas yang kasi chance aku try main...1st time main serius kena kutuk...booooooooooooo.....
pukul bola pown tak kena...ooo, korang boo sma gua ea..korang tak tahu, nanti aku nak amik tempat rafael nadal..hahah(PERASAN BOLEH)...tHEN lepas dah dpt main jd gian plak..aku amik keputusan nak pinjam raket and bola kat unit sukan..pergghhh.depa bagi bola ngan raket yang serius aku puas hati...Aku pinjam ngan YB Then aku ajak la membe aku naim join...Tau dia cak apa: X da fight la,...tenis x leh buat TEKONG KUDA LA(almaklumla tengah gila takraw)...Bila dia main ja ngan aku tau jadi apa???Ha korang tengok gambar kat bawah ni...
(amik ko..LETIH SAMPAI TETIARAP DEPAN TU)
hahah....petang tu main best gak r...eh eh x2, best gila...Aku main ngan naim,SAM and Yb....semua star2..hahhaha...ok enjoyed with the pics...




(lepas penat LIGAN bola..kena 100plus memang TERBAEK LA)....
TGOK MATA FEELING 2

Monday, February 14, 2011

Tak Kenal, Maka Tak Cinta


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
• Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN RASULULLAH SAW

1. Thuwaibah
2. Halimah Al-Saidiyyah

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Monday, February 7, 2011

Insiden Mesir kebangkitan padam kezaliman

DUNIA Arab sudah dilihat dengan lensa berlainan sejak beberapa minggu ini. Bermula kejayaan rakyat Tunisia menjatuhkan rejim pemerintahan Ben Ali, ia merebak ke Mesir dan Yaman. Malah rakyat Jordan dilaporkan mahukan pembaharuan dalam sistem politik mereka.
Namun, Mesir mendapat liputan meluas di Malaysia dan seluruh dunia kerana rakyat Mesir tanpa mengira agama bersatu menentang kekejaman kerajaan Hosni Mubarak. Malah Mesir amat penting bagi menentukan hala tuju perjuangan di Palestin kerana selama ini Mesir dilihat selalu bersekongkol dengan Rejim Zionis bagi menindas perjuangan rakyat Palestin.
Mesir juga begitu dekat di hati rakyat Malaysia kerana ada lebih 11,000 rakyat negara ini khususnya pelajar, yang menuntut pelbagai jurusan di sana. Rakyat keempat-empat negara Arab ini sudah melakukan anjakan paradigma yang begitu besar dan tidak mustahil negara Arab lain yang begitu konservatif akan turut menyertai perjuangan menegakkan kebenaran. Sudah kedengaran suara sama ditimbulkan di Sudan dan Syria. Mungkin kerajaan negara Arab lain perlu lebih terbuka dalam soal ini dan merubah landskap politik negara masing-masing. Tidak boleh diketepikan juga, bukan saja negara Arab akan terkesan dari perjuangan rakyat Mesir ini malah negara Islam bukan Arab lain akan melihat situasi di Mesir memberi impak kepada perjuangan mereka. Kemungkinan negara bukan Islam juga akan mengambil pengajaran dari peristiwa di Mesir. Beberapa negara Islam seperti Arab Saudi sudah memulakan langkah transformasi negara mereka terlebih dulu. Sejak pemerintahan Raja Abdullah, Arab Saudi sudah menjalankan pelbagai transformasi seperti mengatasi pengangguran, isu hak asasi dan meningkatkan peranan agama dalam pentadbiran kerajaan. Itulah sebabnya kita lihat ulama di Arab Saudi berada di belakang Kerajaan Arab Saudi dan bekerjasama bagi memastikan kemajuan negara. Berbalik kepada situasi di Mesir, Hosni Mubarak yang memerintah Mesir lebih 30 tahun sudah tidak lagi diterima rakyat Mesir. Tawaran Mubarak untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang dipandang sinis rakyat kerana mereka mahu Mubarak melepaskan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan Mubarak mentadbir negara yang penuh rasuah dan penindasan itu. Sebuah Mahkamah di Kaherah memutuskan apa-apa keputusan Mubarak selepas 28 Januari adalah tidak sah. Malah, negara Eropah juga memberi isyarat jelas kepada Mubarak supaya berundur dengan segera dan menghormati suara rakyat. Hanya Israel yang berusaha mempertahankan Mubarak. Sudah tidak tersirat lagi, Israel mempunyai kepentingan besar dalam pentadbiran Mubarak. Jika kita imbau ketika pemerintahan Mubarak, terowong penghantaran makanan ke Palestin diletupkan dan pintu masuk ke Rafah juga dibuka dalam waktu begitu terhad bertujuan menyukarkan rakyat Palestin menjalani kehidupan seharian mereka. Mubarak begitu angkuh ketika pemerintahannya, tiada nilai kemanusiaan diberikan kepada rakyat Palestin yang menagih simpati ke seluruh dunia. Mubarak menjadikan Gaza penjara terbesar di dunia. Kezaliman kerajaan dan kesabaran rakyat yang memuncak menyebabkan rakyat hilang sabar dan berjuang menumpaskan Mubarak. Inilah yang berlaku saat ini di seluruh Mesir. Sistem pemerintahan Mesir di bawah Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihan raya, rakyat Mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana. Kini kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demonstrasi untuk tuntutan bagi mengembalikan pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya, rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak letak jawatan serta-merta. Pemerintah Mesir ibarat Firaun moden. Nama saja Islam tapi terlalu sekular. Mereka sanggup buang air di dinding masjid. Mubarak menyekat sempadan laluan untuk memasuki Gaza. Makanan dan ubatan semuanya rosak ketika di sempadan Mesir-Gaza sepanjang 14 kilometer. Hari demi hari rakyat Mesir berkumpul bagi menzahirkan bantahan terhadap Mubarak yang masih mahu bertahan melindungi kepentingannya serta kroni di belakang beliau. Mungkin rakyat Mesir menunggu sehingga 12 Februari nanti untuk melakukan sesuatu kerana 12 Februari 1949 adalah tarikh sering diingati rakyat Mesir khususnya Ikhwanul Muslimin. Pada tarikh itulah ikon Ikhwanul Muslimin dibunuh oleh Kerajaan Mesir. Anak kelahiran Buhairah, Mesir yang menghafal al-Quran ketika berusia 12 tahun ditembak tujuh das ketika menunggu teksi untuk pulang dari pertemuan dengan seorang menteri yang tidak muncul pada saat dijanjikan. Perjuangan rakyat Mesir dilihat sebagai pemangkin kepada perjuangan menentang kezaliman di seluruh dunia. Dunia mesti mengambil iktibar daripada perjuangan melepaskan diri daripada kongkongan kezaliman dan penindasan. Situasi di Mesir mungkin berbeza dengan Malaysia, namun Malaysia harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara itu. Semoga rakyat Mesir beroleh kejayaan bagi menentang kezaliman. Kerajaan dan rakyat Malaysia juga perlu berganding bahu supaya kekalutan di Mesir tidak berlaku di Malaysia. mudah-mudahan juga sahabat zaaj di mesir Abbas Madani berada dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera... Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my

Mukmin pemurah disayangi masyarakat, murah rezeki

SIFAT murah hati mencerminkan kejernihan jiwa yang sentiasa mendapat sorotan cahaya iman. Ia sifat terpuji yang dimiliki kalangan Nabi dan Islam menggalakkan umat mewarisinya.

Orang yang dirinya dihiasi sifat murah hati sudah pasti memahami semangat persaudaraan perlu diutamakan dan mengasihi sesama insan sebagai mana ia mengasihi dirinya sendiri adalah manifestasi dorongan iman yang kuat, di samping menyedari setiap rezeki dimiliki hanyalah pinjaman Allah SWT untuk diurus sebaik-baiknya.
Oleh itu, apabila ada seseorang ditimpa kesusahan, dia akan cepat-cepat menghulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada, sekalipun dirinya sendiri tersepit dalam kesusahan.
Bantuan itu sebagai satu jalan untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan mendekatkan diri kepada Allah demi memperoleh keredaan-Nya, bukan kerana nama atau ada maksud tertentu.

Inilah yang termaktub dalam sepotong firman Allah bermaksud: “(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134)

Pemberian itu sama ada zakat, sedekah, derma atau hadiah adalah sumbangan yang menunjukkan seseorang itu memiliki sifat bermurah hati terpancar dari ketakwaan. Suruhan supaya saling membantu bukan hanya ditujukan kepada orang berada, malah mereka yang berpendapatan rendah.

Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara daripada bersifat kikir dan kedekut adalah golongan bernasib baik dan diberi layanan terbaik oleh Allah.
Firman Allah bermaksud: “Dan barang siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah At-Taghaabun ayat 16)

Murah hati dan dermawan sesungguhnya sudah membudaya dalam kehidupan umat Islam hari ini. Apabila terdengar berita mengenai penduduk yang ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran maka tanpa perlu dikerah semuanya berebut-rebut untuk memberi bantuan baik dalam bentuk wang, pakaian mahupun makanan.

Sikap tolong-menolong ini sungguh mengagumkan dan menjadi salah satu ciri umat Islam yang patuh dengan suruhan agama. Bermurah hati menepati sunnah Rasulullah.

Sewaktu membina rumah tangga dengan Siti Khadijah yang kaya, Baginda tidak melatah menggunakan harta isterinya untuk sesuatu yang sia-sia, membazir dan boros. Sebaliknya, harta itu digunakan untuk membantu fakir miskin dan golongan yang lemah.

Diceritakan, datang seorang perempuan menghadap Baginda Rasulullah sambil menyerahkan kain tenun hasil kerja tangannya. Hadiah itu diterima baik oleh Rasulullah dan dipakainya. Tiba-tiba seorang sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, alangkah baiknya kain itu. Pakailah untukku. Baginda menjawab: Baiklah.”

Begitulah gambaran pemurahnya Rasulullah.

Kita sebagai orang Islam hendaklah sentiasa mengamalkan sifat pemurah bukan saja kita disayangi masyarakat, dihormati sebagai umat berakhlak mulia pada pandangan antarabangsa bahkan kekal mendapat curahan rahmat dan keampunan, diluaskan rezeki serta hidup sejahtera.

Kita hendaklah yakin, Allah akan menggantikan pemberian kita dengan sesuatu yang lebih baik seperti firman-Nya bermaksud: “Dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.” (Surah Saba’, ayat 39).

Jika seluruh masyarakat bermurah hati, sudah tentu dapat menyelesaikan masalah kesusahan, kedukaan, perpecahan dan sifat dengki. Akhirnya hidup akan aman, bahagia dan menerima ganjaran mematuhi ajaran agama.

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Tuesday, February 1, 2011

UITM KEDAH MONTHLY MEDAL 2011

Asssalamualaikum dan salam satu Malaysia.lama btulkan zaaj tak update blog…sibuk and tak da idea nak update..harini baru ja habis kejohanan golf monthly medal dimana uitm kedah sebagai tuan rumah.so,zaaj telah menyertai kejohanan ini mewakili uitm kedah bersama tiga orang student(Naqib and sapa ntah lupa nama).staff and lectures pown join jugak…so meriah r…students tak ramai mana pown…so disebabkan kejohahanan berlangsng diDarulaman Golf Coarse yang terletak di Jitra..zaaj berulang la dari penang ke jitra…sejam lebih jugak r..pukul 5 pagi dah bgun dah…maklumlah sekarangkan mid sem break..nak ikowt staff punya van kena stayed dekat kolej r....mampuih nak stayed sorang2…so,berulang ja la…pada hari pertama game zaaj ok la…dapat flight sekali dengan membe dari merbok and membe dari Shah Alam…hari ke-2 dapat flight dengan ustaz dekat merbok and lectures dari Shah Alam.ok la, boleh kenal2 and eratkan silaturahim…seriously, 2 hari zaaj dapat banyak pengalaman yang sukar dicari and dapat kenal lagi dengan lectures and staff2 bukan sahaja dari uitm merbok tapi satu semenanjung…ok la, tak mau cakap banyak…enjoyes the pics…..by the way 2nd day punya pics tak da r..and zaaj x menang pown tapi k la dapat goodies.....




(senyum itu sedekah)








(tidak..........not that way....huhuhuh)


Tuesday, January 25, 2011

DSK SPORT DAY 2011

aSSalamualaikum semua:)..Dsk sports day telah berlangsung pada berapa haribulan tak tau???lupa plak??Heheheh..antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Lari 8x50m sambil pass kain batik(kena pakai kain batik then sarongkan kat pelari seterusnya),futsal,tarik tali,bola jaring and bola tampar..Disebabkan laki untuk part 1 ni terlalu ramai so, semua kena masuk la..hahahha(ramai apanya 2 orang ja)..so kami pown join la ngan part 5 punya students sebab diaorang pown bukan ramai sangat pown....Best la sports day ni,boleh kenal2 dengan senior2...nanti apa2 senang la..x laq tercari2 macam kucing nak beranak..Antara sukan yang kami join alhamdullillah,at least kami berjaya mengondol tempat pertama dalam acara futsal...Ok,Enjoyed the pics...arios........

bunga api x sempat nak snap...camera wat hal
majlis penutup(sukan kolej)
PEACE TO THE WORLD
Dsk Part 1( x cukop ahli g ni)



Tuesday, January 18, 2011

Golf At MeRbOK

assalamualaikum and very good morning to all.sihat ka hampa semua...wah tahu la tajuk entry ko golf at MerBOK., dah cakap utara ko no..hhahahha..ok2...sejak sampai kat uitm kedah ni,aku dok gak la ushar kowt2,ada senior2 ka dok belasah pukui bola golf(driving).ushar punya ushar tak nampak jugak..hurmph, abang2 PM cakap ada golf dekat uitm merbok ni...tapi tak da orang dok practise pown.so,aku pown decide pergi unit sukan untuk tanya mengenai golf.Actually sebelum ni aku main futsal petang2.SErius time nasib baik memang best,satu petang tu boleh la main 2 hingga 3 game. Tapi mai nasib tak baik tu satu game pown tak dapat main.So,tu yang decide pergi unit sukan,tanya pegawai yang bertugas.at least nanti petang2 boleh la jugak belasah bola golf dekat sebelah kolej aku tu.Port pown memang macam dah dikhaskan untuk golf aja. Aku pown jumapa la pegawai yang bertugas kat unit sukan.Cik Zabani.Dia pown terang dekat aku dengan semangatnya..So,dia cakap sem lepas dia hantar 4 orang utuk KARISMA.Semagat terus aku dengar.Dia cakap petang2 memang akan ada orang turun driving dekat sebelah kolej aku tu..SEMANGAT BRO. Mgu tu jugak aku suruh parents tercinta hantar ion P,ion 8 and ion 9.OK.ion tu bukan yang dalam Chemistry tu ok.ION NI adalah jenis kayu golf..
fuh,apa lagi.bermula la activity aku pada setiap petang.At least boleh jugak improve my game.Mula-mula tu sorang2 ja dok driving,after that ada la senior2 yang dah terer join..Cik bani And Cik nazri(dide lectures) pown join jugak...ok,Enjoyed the pics..