Ada tiga cara yang biasa pemancing lakukan untuk memasang udang hidup pada mata kail iaitu pertama, cangkuk pada hujung seekor atau diatas badan. Kedua, cangkuk pada tepi cengkeram bahagian kepala (kalau di tengah udang cepat mati). Ketiga, cangkuk keseluruhan badan udang pada mata kail.Pada cara pertama dan kedua, kita membenarkan udang berenang bebas. Cara ini juga dapat menghindarkan udang daripada gangguan anak ikan. Namun teknik ini pemancing dinasihatkan supaya tidak terus merembat apabila berlaku sentapan.
Biarkan seketika bagi membenarkan ikan menggonggong udang dan melarikannya. Beri tali sedikit supaya udang yang digonggong ikan tanpa disedari adanya perangkap. Apabila berhenti, ikan biasanya mula menelan umpan dan membuat larian kedua.
Pada larian kedua ini baru pemancing boleh merembat joran supaya mata kail melekat pada mulut ikan. Cara ketiga adalah teknik paling lumrah. Siakap dan senangin tiada masalah menelan umpan yang dipasang dengan teknik ini. Kedudukan udang seperti tersedia untuk ditelan ikan kerana kebanyakan udang ditelan ikan dalam bentuk ‘U’.
Seperti teknik pertama dan kedua, pemancing jangan gopoh merembat joran apabila berlaku gegaran padan hujung joran. Biarkan sampai joran benar-benar bongkok baru proses merembat boleh dijanakan.
Teknik cangkuk udang pada hujung ekor sesuai jika udang adalah lebih besar dari saiz mata kail yang digunakan.
Teknik ikatan untuk memancing siakap dan senangin bergantung kepada laju arus. Mata kail diikat melalui kaedah ikatan ‘reverse common snell’ atau ;Sergeon Loop’. Ladung hidup disyorkan apabila terdapat arus dan ladung hidup ini digunakan bagi memastikan udang berada di pertengahan air bukan di permukaan. SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment