Saturday, December 24, 2011
Sherlock Holmes
Sherlock Holmes, adalah suatu watak penyiasat fiksyen pada penghujung abad-19 dan awal abad ke-20 yang terbitan pemunculannya yang pertama berlaku pada tahun 1887. Watak ini adalah detektif yang berbangsa inggeris ciptaan daripada sir arthur conan doyle. Ok filem pertama yang ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2009. Filem ini merupakan arahan Guy Ritchie dan diterbitkan oleh Joel , Lionel Wigram, Susan Downey dan Dan Lin. Watak utamanya pula dipegang oleh Robert Downey,Jr. Cerita ini sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Siapa yang meminati filem penyiasatan jadi filem ini akan menjadi filem kegemaraanya. Sekarang, just wait to watch the latest Sherlock Holmes that was allready released in Malaysia. Wait y'all.
Tuesday, December 6, 2011
10 PETANDA DIA JODOH KITA
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Wednesday, October 12, 2011
Al-Fatihah
Karisma(Sukan Univesiti Teknologi Mara semalaysia)
9/10/2011
Today is my last day at home before i go to johor bahru for my golf tournament..So, around 10 a.m zaaj pown bertolak balik ke UITM,Merbok. Sampai ja bilik aku, na'uzubillah bersepahnya. Budak-budak ni x clear ka sebelum balik ni. Aku tengok2 borang clearance dok ada dlam laci membe aku, sipa dengan kunci bilik lagi. Aduh aku kata budak-budak ni boleh buat betoi la. So, x mau la nama2 membe and zaaj naik kat tatatertib. Aku pown clear la bilik 2 and trus g wat clearance. Then aku move ke block A untuk penempatan pelajar-pelajar karisma. Aku dok bilik dengan membe golf aku Afiq.Malam 2 ada la taklimat cikit pasai jadual latihan pusat kami untuk seminggu ni. Kami juga diperkenalkan kepada staf dan urusetia yang bertugas.
10/10/2011
Ok, hari ni hari first latihan pusat kami bermula. Kami semua bangun pukul 5.30 then terus siap2 and terus ke pusat islam untuk solat subuh and kuliah subuh kami. Selepas kuliah subuh kami semua bergerak ke stadium mini untuk perbarisan pagi kami. Then, kami laporkan kehadiran untuk sukan masing2. Dalam pukul 9 macam 2 zaaj and afiq terus ke Golf Club Permaipura ubtuk training kami. Hari ni aku main 47 pukulan. Bagi aku kalu main 47 ni, payah cikit nak menang tapi coach cakap ok la 2. Kami training dalam pukul 9 sampai pukul 4 petang. Serius letih, malam 2 ada ceramah pulak. Terima aje la.
11/10/2011
Hari ni jadual seperti biasa tapi, cuma malam ada latihan untuk perbarisan. Kami kena buat persembahan, so kami decide nak buat persembahan macam budak2 DIDE buat. Main music gunakan barangan terbuang macam tong sampah, botoi nad kayu mop.
12/11/2011
Pagi ni seperti biasa cuma zaaj training dekat dalam uitm jew.Tengahari baru terun di permaipura. Hari ni pukulan ada improve ment sebab dekat permaipura 2 ada pro ni tolong ajar afiq. Zaaj p tumpang dengaq la, dapat tips cikit and my shot is better.Balik ja dari training, zaaj call my ms A. Dia majok ari ni, dari pagi call x angakta2. So, call petang 2 pown x angkat. Baru jew nak p mandi mama call. Angkat jew phone mama cakat" Nal, mama nak habaq ni, mak tok x da dah" terkedu aku seketika."innalillahiwainnailaihirojiun". Aku pown terus siap r nak balik. Then aku call mama dia x angkat plak, zaaj decide balik sendiri r. So, zaaj bagi taw Ms A. Then dia call zaaj. Dia temankan zaaj wak2 dalam bus. Melalui phone call jew la. Then mama call cakap nak simpan leps maghrib. Aduh skang dah pukul 7. Sempat ka zaaj ni. Alhamdullilah, zaaj sempat sampai.
Saturday, October 8, 2011
Off back to Merbok.
Thursday, August 4, 2011
bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah
Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.
Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.
Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita
Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.
Apa alasan Allah sebenarnya?
kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.
Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.
Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.
Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.
Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.
Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..
Jangan pernah kita sakiti hatinya
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian
dan Cinta akan hancur
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..
Jagalah hati pasangan kita masing – masing
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya
dan cinta juga boleh memberikan semangat..
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..
Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…
from:http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-bunga-di-taman-sebelah-lebih-indah/
Tuesday, July 12, 2011
INFO BERSAMA
a) Surah Ikhlas Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
| ||||||||||||||||||||||||||||
Apa yang diucapkan si pesakit kepala atau demam atau selainnya daripada penyakit | ||||||||||||||||||||||||||||
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca: Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar. Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan: (2) Al-Ikhlas (3) Al- Mu’awwidzatain Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya |
Saturday, July 2, 2011
MY RION 4 SWING
Friday, July 1, 2011
Putting Training.
Thursday, June 9, 2011
24 perkara JANGAN dilakukan
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.
Wallahuallam
di ambil dari Nredya Edya Edrus..facebook
Sunday, April 24, 2011
24.04.2011
Thursday, April 21, 2011
MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
copy paste from fb seorang sahabat
21/04/2011
Friday, March 18, 2011
ZAAJ VS PRINCE OF TENIS
Monday, February 14, 2011
Tak Kenal, Maka Tak Cinta
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
• Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN RASULULLAH SAW
1. Thuwaibah
2. Halimah Al-Saidiyyah
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas
Monday, February 7, 2011
Insiden Mesir kebangkitan padam kezaliman
Mukmin pemurah disayangi masyarakat, murah rezeki
Orang yang dirinya dihiasi sifat murah hati sudah pasti memahami semangat persaudaraan perlu diutamakan dan mengasihi sesama insan sebagai mana ia mengasihi dirinya sendiri adalah manifestasi dorongan iman yang kuat, di samping menyedari setiap rezeki dimiliki hanyalah pinjaman Allah SWT untuk diurus sebaik-baiknya.Oleh itu, apabila ada seseorang ditimpa kesusahan, dia akan cepat-cepat menghulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada, sekalipun dirinya sendiri tersepit dalam kesusahan.Bantuan itu sebagai satu jalan untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan mendekatkan diri kepada Allah demi memperoleh keredaan-Nya, bukan kerana nama atau ada maksud tertentu.
Inilah yang termaktub dalam sepotong firman Allah bermaksud: “(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134)
Pemberian itu sama ada zakat, sedekah, derma atau hadiah adalah sumbangan yang menunjukkan seseorang itu memiliki sifat bermurah hati terpancar dari ketakwaan. Suruhan supaya saling membantu bukan hanya ditujukan kepada orang berada, malah mereka yang berpendapatan rendah.
Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara daripada bersifat kikir dan kedekut adalah golongan bernasib baik dan diberi layanan terbaik oleh Allah.
Firman Allah bermaksud: “Dan barang siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah At-Taghaabun ayat 16)
Murah hati dan dermawan sesungguhnya sudah membudaya dalam kehidupan umat Islam hari ini. Apabila terdengar berita mengenai penduduk yang ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran maka tanpa perlu dikerah semuanya berebut-rebut untuk memberi bantuan baik dalam bentuk wang, pakaian mahupun makanan.
Sikap tolong-menolong ini sungguh mengagumkan dan menjadi salah satu ciri umat Islam yang patuh dengan suruhan agama. Bermurah hati menepati sunnah Rasulullah.
Sewaktu membina rumah tangga dengan Siti Khadijah yang kaya, Baginda tidak melatah menggunakan harta isterinya untuk sesuatu yang sia-sia, membazir dan boros. Sebaliknya, harta itu digunakan untuk membantu fakir miskin dan golongan yang lemah.
Diceritakan, datang seorang perempuan menghadap Baginda Rasulullah sambil menyerahkan kain tenun hasil kerja tangannya. Hadiah itu diterima baik oleh Rasulullah dan dipakainya. Tiba-tiba seorang sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, alangkah baiknya kain itu. Pakailah untukku. Baginda menjawab: Baiklah.”
Begitulah gambaran pemurahnya Rasulullah.
Kita sebagai orang Islam hendaklah sentiasa mengamalkan sifat pemurah bukan saja kita disayangi masyarakat, dihormati sebagai umat berakhlak mulia pada pandangan antarabangsa bahkan kekal mendapat curahan rahmat dan keampunan, diluaskan rezeki serta hidup sejahtera.
Kita hendaklah yakin, Allah akan menggantikan pemberian kita dengan sesuatu yang lebih baik seperti firman-Nya bermaksud: “Dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.” (Surah Saba’, ayat 39).
Jika seluruh masyarakat bermurah hati, sudah tentu dapat menyelesaikan masalah kesusahan, kedukaan, perpecahan dan sifat dengki. Akhirnya hidup akan aman, bahagia dan menerima ganjaran mematuhi ajaran agama.
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Tuesday, February 1, 2011
UITM KEDAH MONTHLY MEDAL 2011
Asssalamualaikum dan salam satu Malaysia.lama btulkan zaaj tak update blog…sibuk and tak da idea nak update..harini baru ja habis kejohanan golf monthly medal dimana uitm kedah sebagai tuan rumah.so,zaaj telah menyertai kejohanan ini mewakili uitm kedah bersama tiga orang student(Naqib and sapa ntah lupa nama).staff and lectures pown join jugak…so meriah r…students tak ramai mana pown…so disebabkan kejohahanan berlangsng diDarulaman Golf Coarse yang terletak di Jitra..zaaj berulang la dari penang ke jitra…sejam lebih jugak r..pukul 5 pagi dah bgun dah…maklumlah sekarangkan mid sem break..nak ikowt staff punya van kena stayed dekat kolej r....mampuih nak stayed sorang2…so,berulang ja la…pada hari pertama game zaaj ok la…dapat flight sekali dengan membe dari merbok and membe dari Shah Alam…hari ke-2 dapat flight dengan ustaz dekat merbok and lectures dari Shah Alam.ok la, boleh kenal2 and eratkan silaturahim…seriously, 2 hari zaaj dapat banyak pengalaman yang sukar dicari and dapat kenal lagi dengan lectures and staff2 bukan sahaja dari uitm merbok tapi satu semenanjung…ok la, tak mau cakap banyak…enjoyes the pics…..by the way 2nd day punya pics tak da r..and zaaj x menang pown tapi k la dapat goodies.....