Monday, August 23, 2010

Saturday, August 21, 2010

HAVE TO READ THIS

Sayang Rasullulah Kepada Umat

-Pagi itu suasana cukup sunyi,hening dan terasa begitu sayu. Tidak pernah mereka merasakan sedemikian.Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku.Namun seperti biasa, pagi itu mereka sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w akan mendengar satu khutbah yang akan disampaikan oleh baginda.Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib, mengambil tempat masing-masing.Dan sampai masanya Rasullulah s.a.w menatur langkah kakinya menuju ke mimbar.
Rasulullah memulakan bicaranya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaab kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari yang lalu. Namun digagahi jua kerana beginda tahu, itulah satu-satunya peluang untuknya menyampaikan amanat terakhir kepada seluruh umatnya yang amat disayangi.
Rasulullah memulakan khutbahnya: "Wahai umat ku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-nya.Maka taatlah dan bertawakalah kepadanya. Ku wariskan dua perkara pada kaliana, al-Quran dan sunnah ku.Barang siapa mencintai sunnah ku, bererti mencintai ku, akan masuk syurga bersama-sama aku'.
Selesai ucapan tersebut, Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya.taktala rasulullah memandang Abu Bakar, terlihat mata Abu Bakar jernih menahan sedih, manakala dada uthman naik turun menahan kesedihannya, Umar menghela nafas panjang manakala menantu Rasulullah Ali bin Abi Talib menundukkan muka kerana tidak sanggup bertentang mata dengan Rasulullah.Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat.Tanpa perlu diumumkan masing-masing seolah-olah faham, saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir!
Matahari kian tinggi, pintu rumah Rasulullah mesih tertutup rapat.Di dalam rumah tersebut, Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapka salam."Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" Tanya suara tersebut. Fatimah yang berada di sisi Rasulullah bingkas bangun dan berkata sesuatu kepada orang tersebut."Maaf, Ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Fatimah mendapati semula ayahnya.Lalu Rasulullah bertanya,"Siapakah itu wahai anak ku?"
"Tak tahulah ayah ku, baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata, "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut". Sebaik mendengar kata-kata tersebut, dada Fatimah terus sebak. Dia cuba menahan ledakkan tangisannya.
Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput 'tetamu' tersebut.Malaikat maut datang menghampiri lalu rasulullah bertanya,"Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemanimu". sebelumnya Jibril sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril jelaskan padaku apa hak ku nanti di hadapan Allah?" tanya rasulullah S.a.w. "Pintu langit telah terbuka,para malaikat menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu. kata jibril. Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat mengembirakan Rasulullah. Lalu Jibril bertanya, Wahai kekasih Allah, apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?" Rasulullah bertanya,"khabarkanlah kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan bimbang wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku: 'Ku haramkan Syurga bagi sesiapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril
Detik-detik semakin dekat,sampai masanya Izrail melakukan tugasnya.Dengan cukop perlahan, roh Rasulullah ditarik.Ketika itu kelihatan peluh dingin merecik di dahi baginda.Urat-urat lehernya menengang."Jibril betapa sakinya sakaratulmaut ini," perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah yang berada di sisi ayahnya memejamkan mata.Tidak sanggup dia melihat ayahnya berada dalam kesakitan. Manakala Ali , terus menundukkan kepalanya menahan kesedihan.Jibril terut memalingkan mukanya.
"jijikah kau melihat ku. hingga kau memalingkan wajahmu Jibril?" Tanya rsulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yanh sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar rasulullah berkata,"Ya Allah, dahsyatnya sakit maut ini.Timpakan saja semua seksa maut ini kepada ku, dan jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara mu," kata Rasulullah.Di luar rumah,tangisan para sahabat mula kedengaran.' Sahabat saling berpelukan Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mula kebiruan."Ummatti,ummatti.ummatti.!"(umatku,umatku,umatku) Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan berakhirlah hayat baginda, dan Rasulullah telah tinggalkan para sahabat dan umat islam untuk selamanya.

Thursday, August 19, 2010

12.00.......20/08/2010

RIGHT HERE WAITING

Oceans apart, day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
But how can we say forever

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it, baby
You've got me goin' crazy

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh, can't you see it, baby
You've got me goin' crazy

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

Waiting for you

:(

solusi isu 23



nantikan majalah solusi isu 23..dengar kata akan dikeluarkan pd 26 ogas...majalah yang memberi kita ilmu yg berguna dunia akhirat....wajib dapatkan..heheh..BEST....BY TELAGA BIRU

Wednesday, August 18, 2010

PADANG KOTA LAMA

CUTI...Zaaj ke penang untuk menyerahkan sesuatu kepd dad....then nak balik awal g...g kena angin laut lu...seriously zaaj miss sea so much...enjoyed the pics...sorang2 di pdg kota lama...





LAWAKNYE..................


Pemburu Dan Singa yang Berdoa

Seorang pemburu sedang berburu di hutan. Senapangnya yang tidak berpeluru digalasnya di bahu. Tiba-tiba dia terserempak dengan seekor singa. Oleh kerana takut dibaham singa, dia mengangkat tangan berdoa agar diselamatkan. Semasa berdoa, dia sempat menjeling dengan ekor matanya kearah singa. Rupa-rupanya singa itu juga berdoa. Dia berasa lega seraya berkata, "Oh! Rupa-rupanya singa baik." Singa pun menjawab,
"ya. Saya singa baik. Saya berdoa dulu sebelum makan."

TOlak 5 markah

xy:benda apa paling manis
x : gula kuasa 2
xy:u, cakap gula kuasa 2 yang palin manis...
u tgok orang yang baca msg ni lagi manis..
tgok dia senyum,
duh manisnya......
x : tolak 5 markah

TERSURAT DAN TERSIRAT

Friday, August 13, 2010

Solusi isu 22, halaman



kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.

Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”

“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”

Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.

Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”

“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”

Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”

“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

Thursday, August 12, 2010

mekah


bangunan ke-2 tertinggi di dunia bersama sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London, telah dibina di mekah. jam itu dikatakan akan menjalani tempoh percubaan selam 3 bulan..bangunan itu menempatkan juga hotel..

Pengurus besar hotel berkenaan, Mohammed al-Arkubi pada sidang media di sini semalam berkata, kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.

Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit.

Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

"Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai, iaitu menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos," kata Arkubi.

Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.

Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi. - AFP

bekal dari umi...1 ramadhan

mula berpuasa aku bersahur di luar and aku berbuka di luar cuma kali ni aku berbuka berbekalkan bihun goreng and bihun singapore dari umi..pergh...sedap bro..alhamdullilah.. kenyang...kali ni pown aku bersahur dengan bekal umi jugak....nasi+aym goreng+udang masak apa ntah..minuman air kosong jer.....




Wednesday, August 11, 2010

cerita 5 pagi

urmph...sahur..aku nak sahur kat mana ea....kedai mana ea...pagi2 buta ni...ha..nasik kandaq pown nasik kandaq la..jom kita gerak ke pelita...dengan menaiki motisikal wave 125s aku..aku pown menuju ke pelita..sampai2 pergh.....bapak, punya ramai...tapikan asal aku x nampak cewek pown...semuanya men2 ja....lauk pown x banyak...janji aku sahur cukop la...nasik berlaukkan ayam goreng and sedikit sayur kubis...teh tarik and air suam...duduk la aku makan sorang2 sambil ditemani tiz zakiah...waktu 2 drama nur kasih la....SAHAJA AKU BERPUASA DI BULAN RAMADHAN PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TA'ALA...AMIN...alhamdullilah..dah kenyang....






RELAKU PUJUK

pergh..lama x dengaq lagu ni...dengar ja semalam terasa nak ltk dlm blog..tapi lyrics je la.......


Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku…

Monday, August 9, 2010

RAMADAN





Baik. Dia sudah di hadapan. Hampir. Walaupun belum lagi kita melangkah ke dalamnya, namun ia sudah semakin semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Dekat.

Memandang. Gerbangnya besar. Gedungnya pasti luas. Ramadhan. Namanya disebut-sebut sepanjang zaman. Saban tahun pasti berjumpa. Tinggal umur sahaja tidak pasti sampai bila.

Diizinkan kah diri ini memasukinya?

Tiada siapa mengetahui. Sedang Ustaz Asri Rabbani juga meninggal tika Ramadhan sudah sangat hampir untuknya. Tiada siapa mengetahui. Tetapi Allah tahu segala-galanya.

Bagaimanakah kita tika menghadap satu perkhemahan bernama Ramadhan?


Bersedia atau tidak?

Di dalam perkhemahan Ramadhan, banyak latihan yang wujud untuk memberikan peningkatan terhadap seorang mukmin.

Cuma persoalannya, bersediakah kita?

Saban tahu kita melihat betapa Ramadhan dilalui sebagai spritual adat. Setahun sekali ada Ramadhan, tak lalu Ramadhan maka tak raya. Justeru Ramadhan perlu dilalui. Maka kita lalui dengan pengharapan cepatlah habis Ramadhan, kerana aku mahu Raya.

Bahkan, menyokong pendapat saya ini, terbaru saya berjalan di satu shopping kompleks, kelihatan banner: “Selamat Hari Raya Aidilfitri.” Sedang Ramadhan belum lagi dilalui.

Apakah persediaan kita?

Apakah azam kita?

Apa yang kita mahu daripada Ramadhan?

Pernahkah kita persoalkan?

Atau Ramadhan kali ini, sama sahaja seperti Ramadhan yang lepas-lepas. Habis bulan kembali berdosa. Tamat waktu kembali lupa. Sedangkan Ramadhan hadiahnya taqwa. Orang-orang bertaqwa sentiasa meningkat dan terhebat.

Ramadhan, dan kecintaan terhadapnya

Tiadalah kita mencintai Ramadhan kerana ganjaran di dalamnya. Bukan juga kita mencintai Ramadhan kerana kita melihat ia satu-satunya tempat untuk beribadah tenang memandangkan kejahatan disekat dengan lebih ketat ketika itu.

Tetapi kita mencintai Ramadhan kerana kita mahu menjadi hambaNya.

Kita melihat betapa Ramadhan itu adalah alat. Alat untuk kita meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang Dia redha. Kita bukan hamba Ramadhan. Kita hanyalah hambaNya yang melalui Ramadhan dengan terbaik, moga kita meningkat menjadi hambaNya yang terbaik.

Abu Hurairah telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” Riwayat Ibn Hibban.

“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

Peluang-peluang inilah yang kita hendak kaut, hendak capai untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Bukanlah kita menggapai segala ganjaran Ramadhan untuk melakukan dosa pada bulan-bulan lain. Kita hendak menggunakan ganjaran di dalam Ramadhan supaya kita kekal mampu meningkatkan diri dalam bulan lain.

Kita hendak menjadi hamba Allah SWT. Sebab itu kita bersungguh-sungguh dengan Ramadhan yang telah Allah hadiahkan kepada kita!

Penutup: Dia semakin menghampiri. Apakah kita ini diberikan jemputan?

Ramadhan sudah berada di hadapan. Sedang garis kematian diri bukan berada dalam pengetahuan. Siapakah yang meminta agar Ramadhan ini menjadi miliknya?

Siapakah yang meminta agar Allah memberikannya ruang dan peluang untuk mengucup Ramadhan buat kesekian kalinya?

Atau kita sudah nampak raya?

Ramadhan adalah madrasah.

Ramadhan adalah kem.

Ramadhan adalah lapangan tarbiyah.

Agar yang masuk ke dalamnya, keluar dengan peningkatan.

Namun siapakah yang memahaminya?

Lantas mempersiapkan diri untuk mengaut keuntungan?

Sunday, August 8, 2010

Saturday, August 7, 2010

puasa

Wah.puasa dah dekat.....harap2 ana dpt bertemu dgn ramadan pada kali ini..tinggal brp hari saja lagi....so SELAMAT BERPUASA........

Friday, August 6, 2010

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

perkara2 yang boleh dilakukan agar kita mendapat semangat dalam menghadapi setiap hari2 yang penuh dengan pelbagai ujian kedukaan,kegembiraan,kesedihan,kesenangan dan mcm2 lagi.sesuatu yang ingin dikongsi bersama agar ia berguna pada diri dan shbt2..

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :-


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

DICIPLAK.......BY MR ZAAJ