Salam maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Sekejap sahaja tahun 1431 meninggalkan kita. Tercapaikah hijrah kita ataupun azam kita pada tahun 1431.Mudah-mudahan semuanya telah pun selesai melaksanakan hijarh yang diazamkan pada tahun 1431.Sekarang telah pun masuk tahun 1432 bagi tahun islam.Jadi apakah hijrah kita pada tahun ini? Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?Mengikut konteks hari ini disambut demi memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan para sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Dari segi bahasa,hijrah bermaksud berpindah dari suatu tempat ke satu tempat atau berubah dari suatu keadaan kepada satu keadaan lain.Kita tidak lagi berhijrah dari satu tempat ke Madinah atau tempat2 lain..Kini hijrah kita hanya tertumpu pada proses memperbaiki peribadi dan kearah menjadi seseorang yang lebih baik insyaAllah.Semua faham? EWAH macam cikgu pulak.hehe.
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Apapun setahun telah lengkap..Segala amal juga telah siap dicatat..InsyaAllah,jika diberi peluang kita masih ada setahun yang mendatang..Moga 1432Hijrah hadir membawa sinar baru buat kita semua insyaAllah. Kita tidak meraikan dengan hiburan tp kita zahirkan melalui penghijrahan yang penuh dengan iman..Berusahalah kita melawan hawa nafsu dan syaitan-syaitan yang semakin terlatih dengan dunia semasa.
Moga kali ini perubahan adalah untuk yang terlebih baik..Mungkin ini tahun terakhir yang kita ada. Kita sendiri tak pernah tahu akan itu. Jika sebelum ini,solat kita lambat, moga tahun yang baru ini solat kita sentiasa tepat. Jika sebelum ini Quran itu hanya disimpan,moga tahun ini Quran itu sebagai teman. Jika sebelum ini puasa kita tak pernah lengkap,moga tahun ini puasa kita penuh berkat. Jika sebelum ini zakat kita tak berbayar, moga tahun ini kita lebih pandang pada mereka yang terbiar. AllahuAllah.Moga segalanya baik-baik saja untuk kita semua. Ingat,pesan buat diri dan buat semua,peluang kita hanya sekali dan lepas ia pergi,ia tak kan pernah kembali lagi.
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA.
No comments:
Post a Comment